Aku hanya nak kongsi pengalaman kerja di Brunei. Aku baru je balik dr sana 2 minggu lepas kerana outstation. Mula2 bila dpt tau kena pg brunei aku dah rasa lega sbb utk kali ni aku dah tak perlu pack brg2 makanan dlm luggage aku sbb sure makanan halal mudah nak dapat kat sana, kalu mcm sebelum2 ni separuh luggage aku penuh dgn maggi, pes segera mcm adabi, knorr (senang nak masak kalu dpt apartmen huhu) dan mcm2 anika juadah utk dibawak bersama hehe..Dalam pada lega tu aku pun cam rasa x best sbb apa ada kat Brunei???sure nanti bosan and mati kutu kat sana, lagipun aku akan berada di sana selama sebulan setengah.
26/3/12 aku pun berangkat kat sana. Aku ditempatkan di Hotel Radisson (satu2nya hotel antarabangsa kat sana). dpt bilik ok la so-so old fashion sikit perabot dia tp masa aku pg tu depa tgh buat big renovation kpd bilik2 tu, pas ni sure moden la. Lupa lak aku nak snap gmbr bilik, selalunya tu yg first sekali aku buat bila sampai. On weekend aku jln2 la Bandar Sri Begawan, tak besar pun bandar tu, mcm Klang je kut.
Ni pusat bandar BSB
Pintu gerbang kat taman di tengah2 bandar
Jadi selama aku kat sana selama 1.5 bulan ni, dapatlah aku buat kesimpulan yg Brunei ni sebuah negara yg tidak sangat bergantung pada industri pelancongan sbb tak banyak tempat2 yg menarik yg boleh dilawati.kalu stay 2-3 hari dah rasa makan hati la nak balik dan kalu duk lama2 boleh jadi 'kembang' sbb kj hanya makan, makan dan makan lagi sebab hiburan kat sini takda (mana2 yg suka karok, tonggang, clubbing tu x pyh la dtg, Brunei ni adalah negara yg mengamalkan nilai Islamik yg tinggi , alhamdulillah..). Lagi satu kalu nak merasa halal chinese food mai la sini sbb kebanyakan restoran adalah halal. Kesimpulan yg boleh aku buat:
1. Brunei negara yg aman dan perjalanan hidup rutin harian yg tidak mengejar masa
2. Orang2nya baik dan berbudi bahasa
3. Pemandu2nya sgt berhemah. Sini org2 tak hon satu sama lain. Depa pemandu2 yg sabar.
4. Makanan memang sedap. Dalam 10 restoran yg aku pg cuma 1 je x sedap. Kualiti makanan bagus dgn harga yg berpatutan. Local fav is Nasi Katok, sejenis nasi + sambal + ayam sama mcm nasi lemak kita. Harga selalunya 1BD je.. Ayam penyet is the popular dish. Mana2 ada je org jual ayam penyet dan ayam penyet yg paling sedap pernah aku rasa kat sana ialah kat Gerai No 4 di kawasan food court depan Hotel Radisson, recommended la utk cuba kalu sapa2 mai Brunei.)
Jadi di sini aku lampirkan serba sedikit info pasal brunei:
1. Empire Hotel
Hotel kepunyaan sultan brunei bertaraf 6 bintang. Dr luar x nampak 'kren' sangat (bak kata makcik indon) tp bila masuk dlm pergh..mewah siot..huhu..Hotel ni memang cantik dan dgn menengok segala yg depa buat ni mau berpuluh juta kut abis nak bina hotel ni.
2. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Dinamakan sempena Sultan Brunei ke -28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam. (Sumber: Wikipedia)
Masjid ni memang cantik..kalu malam lagi 'kren' dan lawa dengan simbahan lampu.
3. Masjid Jame' 'Asr
Hassanil Bolkiah
Jame' 'Asr
Hassanil Bolkiah merupakan wakaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan
Brunei ke-29. Jame' ini terletak di Kampong Kiarong, 4km daripada Bandar
Seri Begawan. Ianya telah mula dibina pada tahun 1988 di atas tapak
tanah seluas 20 ekar.
Jame'
ini mula digunakan pada hari Khamis malam Jumaat bersempena Hari
Keputeraan Baginda ke-48 tahun iaitu pada 14hb. Julai, 1994, di mana
Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri telah berangkat menunaikan
sembahyang fardu Maghrib dan fardu Isyak berjemaah.
Kapasiti
Jame' ini melebihi 5,000 orang jemaah. Jame' ini dilengkapi dengan
beberapa kemudahan antaranya perpustakaan, blok pentadbiran, dewan
persidangan dan sebagainya.(Sumber: Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darusssalam)
Masjid ni adalah masjid terbesar di Brunei. Ukiran senibina memang cantik dan halus. Ruang solat utama yg luas dengan hiasan2 yg cukup indah. sempat la aku solat jumaat disini.
4. Pantai Jerudong
Aku tgk pantai kat sini x berapa sesuai utk mandi cam PD tu. Air dia x sejernih kat Malaysia maybe sb byk minyak kut. so selalunya org sini pg duk main2 di gigi air je la xda yg mandi. kalu just nak pg and duduk2 amik2 gambar boleh la tp bagi aku pantai kita lagi cantik dan nyaman. Sempat la aku amik gmbr keheningan di waktu petang..huhu
Note: Bila pg sana hati2 dgn Sandflies. Serangga kecil penghisap darah yg boleh menyebabkan gatal yg teruk lebih2 lagi kalu anda ada allergi. Aku pun kena gak teruk sampai kena pg klinik sbb tak tahan gatal sampai bengkak2..so kalu pg sana rasa mcm gatal2 tu kemungkinan besar sbb sandflies ni la..
5. Pasar malam Gadong
Pasar malam ni terletak kat Gadong. Memang ada setiap malam. Semua ada kat sini dr pakaian, sayur2an dan makanan. Ada byk gerai2 ayam panggang dan aku notice sini byk gerai jual sate tonkeng ayam. Faveret delicacies kut kat sana. Bagi aku, kenot go la dgn tonkeng ayam. lupa lak nak amik gmbr tonkeng ayam ni :)
Caya la bro..gunakan kelebihan kerja kau yg slalu travel ke luar negara utk kongsi info negara yg kau pegi...
ReplyDeletethanks bro..tu la br skrg terpk nak buat..sebelum2 ni dah travel byk simpan sendiri je.huhu
ReplyDelete